Home/Berita MAN/Wakaf Madrasah MAN 2014

Alhamdulillah Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur (MAN) telah ditubuhkan pada 16/4/2000. Bermula dengan 10 orang pelajar. Pada tahun 2014 jumlah pelajar di MAN Ledang seramai 230 orang dan MAN Kemboja 300 orang. MAN telah diasaskan di kampung Kesang Laut, kemudian ditambah cawangan di Parit Ponorogo, Tanjung Gading dan Kemboja. Dalam tempoh hampir 14 tahun MAN beroperasi, 130 orang hafiz Al-Quran 30 juzuk telah dilahirkan yang kebanyakan mereka mampu membaca 30 juzuk Al-Quran secara hafazan dalam tempoh 1 – 3 hari sahaja.

Ramai dari bekas pelajar MAN yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat menara gading di dalam dan luar Negara. Telah berkali-kali juga pelajar MAN yang berjaya memasuki musabaqah hafazan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pelajar lelaki dan perempuan membanjiri MAN dari pelosok tanah air, bahkan dari luar negara seperti  Singapore, Kemboja, Myanmar, Yaman, Vietnam, Indonesia, Pakistan dan Australia.

 

Untuk keselesaan para pejuang Al-Quran di MAN kami melancarkan program wakaf bangunan pengajian, asrama, musolla dan rumah guru. Pada kali ini, kami menumpukan pembangunan asrama, dewan makan dan kelas pengajian di Asrama Ibnu Umar di surau An-Nuur Kesang  Laut.

DOWNLOAD BORANG WAKAF

6000 lot saham wakaf yang ditawarkan untuk membina bangunan baru dan baik pulih bangunan lama. Setiap lot berharga RM100. Anda boleh memilih jumlah lot yang anda sedia. Derma yang kurang dari harga satu lot iaitu kurang dari RM100 juga MAN terima dengan hati terbuka. Anda juga diseru untuk mewar-warkan perkara ini kepada saudara mara dan sahabat handai sebagai usaha bersama menjayakan projek yang mulia ini. Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan didoakan supaya para dermawan dicucuri rahmat, keberkatan, keluasan rezeki dan kejayaan di dunia dan akhirat.

DOWNLOAD BORANG WAKAF

By | 2017-06-11T16:07:59+00:00 March 19th, 2014|Berita MAN|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. rahsia April 29, 2014 at 4:33 am - Reply

    salam..sy cuba download borang wakaf tapi gagal,harap dpt emelkan ke saya,

  2. suhaini abdul salam June 17, 2014 at 8:07 am - Reply

    salam, bole tolong emelkan kepada sy borang wakaf. sy dh cuba download tp x bole.

Leave A Comment