Home/Umum/Tetamu dari Maahad Tahfiz Ibnu Sina

Assalamualaikum, apa khabar semua? Baru-baru ni semasa SUKMAN, MAN menerima tetamu dari MTIS (Maahad Tahfiz Ibnu Sina), Kedah. Mereka telah sampai di Muar, kira-kira jam 8.00 pagi dan terus bersarapan di Bandar Muar. Setelah mereka bersarapan di Masjid Sultan Ismail, beberapa orang Ustaz MAN menjemput mereka ke MAN.

Sempat juga kami membawa mereka melawat ke asrama cawangan MAN yang lain sebelum membawa mereka ke Asrama Ibnu Mas’ud yang kebetulan semua pelajar MAN berada disitu kerana hari SUKMAN. Sesampai mereka di Asrama Ibnu Mas’ud, mereka mempersembahkan Qasidah kepada pelajar-pelajar MAN. Syok kami mendengarnya. Habis berqasidah, MAN mengajak  MTIS bermain Bola Tampar. Bukannya nak lawan antara MAN dan MTIS, tapi sekadar nak bersukan dan menjalinkan muhibbah antara MAN dan MTIS. Selain itu, MTIS menawarkan khidmat urutan Refleksologi kaki dan rawatan Bekam. Para Ustaz tidak melepaskan peluang untuk menerima perkhidmatan yang disediakan. Maklumlah ,perkhidmatan percuma 🙂

Setelah zohor ,kami menjamu MTIS dengan hidangan makanan tengahari. Seusai makan tengahari, para pelajar dan guru MTIS bersalaman dengan warga MAN sambil disulami ucapan “terima kasih” dan seterusnya menaiki bas untuk meneruskan perjalanan mereka. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar MTIS yang terlibat  dalam program lawatan kali ini.

By | 2014-09-30T12:00:46+00:00 September 30th, 2014|Umum|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment