Home/Sumbangan
Sumbangan 2017-06-11T16:07:56+00:00

Sumbangan untuk Saham Akhirat.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 010-230-100-61392 atas nama Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur.

Projek pembangunan terkini (2013) ialah asrama untuk pelajar lelaki yang dianggarkan RM300 ribu. Sebarang sumbangan amat dialu-alukan.

Sumbangan dalam bentuk barang juga diterima seperti beras, gula, minyak dan apa sahaja yang bermanfaat untuk madrasah.

Mari kita bersama-sama berjuang memartabatkan pengajian al-Quran di tanah air kita.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-2075677 (Pengetua, Ustaz Noor Effendi).

– Projek pembangunan Madrasah An-Nuur merupakan satu usaha berterusan bagi memastikan prestasi dan kemajuan setiap ahli madrasah berada pada tahap yang maksima. Selaras dengan perkara itu juga pembangunan rohani dan jasmani akan dapat dicapai hasil daripada pembangunan aspek pelengkap ini.

– Hasil pembangunan madrasah bukanlah satu perkara yang hanya akan dinikmati oleh para pelajar, bahkan secara tidak langsung seluruh masyarakat islam akan dapat merasai manfaatnya samada secara lahiriah atau batiniah, secara langsung atau tidak langsung dan dalam jangka masa pendek atau panjang.

– Seperkara yang tidak dapat dinafikan, usaha dan bantuan atas agama Allah adalah satu usaha yang sangat murni. Malah menzahirkanya secara ikhlas dan mengharap redha Allah semata-mata merupakan usaha yang sangat terpuji dan hanya layak menerima balasan daripada Allah sebagaimana firman Allah taala di dalam surah al-Baqarah ayat 262:

“Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah kemudian tidak mengiringi dengan pemberian itu dengan mengungkit-ungkit dan tidak pula menyinggung atau menyakiti , mereka beroleh pahala di sisi Allah,tidak ada kebimbingan bagi mereka dan tidak pula mereka itu berdukacita”

– Mudah-mudahan sikap perihatin dan peka terhadap perkembangan dan pembangunan islam akan terus subur di dalam jiwa setiap umat islam demi kepentingan agama yang sangat kita cintai.Sahutlah seruan ini kerana siapalah yang tahu dengan sedikit sumbangan kita yang ikhlas ini adalah penyebab segala amalan kita akan diterima dan denganya kita akan dimasukkan ke syurga.