Home/Berita MAN/SHAHADAH: MUHAMMAD AKHYAR AKMAL BIN AZLAN

Beliau mula masuk ke Madrasah pada Januari 2012 dan khatam pada September 2015. Beliau kemudian masuk ke MAN pada Januari 2016 untuk mengulang shahadah.

Walaupun banyak dugaan dan ujian yang datang kepada beliau ketika menghafal dan mengulang Shahadah, Antaranya ialah sukar untuk mengulang, penangguhan tarikh shahadah dan perginya datuknya yang tersayang ketika hampir tarikh untuk shahadah tetapi atas dorongan asatizah MAN dah rakan-rakan, Alhamdulillah beliau dapat menamatkan Ujian Shahadah ni dengan lulus cemerlang.

Beliau sempat memberi kata-kata semangat dengan membacakan Surah Ash-Sharh ayat 5&6 yang bermaksud:

5️⃣“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”.
6️⃣ “Sekali lagi ditegaskan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”.

Semoga ianya menjadi asbab dapat menarik ahli keluarganya ke syurga Allah SWT.

Tahniah kepada Akhyar dan kedua Ibubapanya!

#GenerasiMAN
#GenerasiAlQuran

 

 

                                             

                                             

By | 2018-09-26T10:12:14+00:00 September 26th, 2018|Berita MAN|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment