Home » »

 
 

Sejarah

 

Waktu Solat

Sejarah Awal & Lokasi


Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur merupakan satu kesinambungan yang lahir daripada keperihatinan masyarakat Islam di Kampung Kesang Laut terhadap kepentingan pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah di kariah mereka. Idea untuk mewujudkan madrasah ini telah dicetuskan oleh keluarga Tuan Haji Hamid b Haji Samad dan telah disambut baik oleh Masyarakat Islam di Kampung Kesang Laut ini.

Bermula dengan 10 orang pelajar lelaki dan seorang guru , kini pelajar MAN telah melebihi 200 orang dari pelajar lelaki dan perempuan serta 18 orang guru yang berkelulusan dan berpengalaman.

Dalam tempoh 10 tahun beroperasi, MAN telah melahirkan 70 orang hafiz dan hafizah al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran. Sebahagian pelajarnya juga telah melanjutkan pengajian yang lebih tinggi di dalam dan luar negara.

 

2000

• Pada Januari 2000 hasil usaha Yang Berbahagia Ust. Hj Abd Rahman bin Haji Kiman (telah kembali ke rahmatullah) sebagai pengerusi surau pada ketika itu dan beberapa orang dari jawatankuasa beliau, Yang Berhormat Menteri Besar Johor telah bersetuju untuk meluluskan bantuan bernilai RM20,000 (dua puluh ribu) bagi tujuan melengkapkan keperluan asas asrama untuk madrasah tersebut.

• Dengan izin Allah, pada hari Ahad 16 April 2000 bersamaan 11 Muharram 1421 Hijrah tertubuhlah sebuah institusi pendidikan tahfiz Al-Quran yang dimahsyurkan dengan nama Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur (MAN).

• MAN telah menerima khidmat bakti daripada anak tempatanya sendiri iaitu Ustaz Hj. Noor Efendi b. Hj Hamid Al-Hafiz sebagai pengetua / mudir MAN. Beliau dibantu oleh Ustaz Taufiq bin Abd. Aziz Al-Hafiz dengan kumpulan pelajar pada tahun tersebut seramai 10 orang.

• MAN terletak di Kampung Kesang Laut, 10 kilometer daripada Bandar Muar. Sehingga kini MAN masih beroperasi di lokasi awalnya iaitu di KM- 11, Surau An-Nuur, Kesang Laut.

• MAN mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila melahirkan pelajar hafiznya yang pertama dalam usia madrasah yang ketika itu baru mencecah satu tahun.

 

2001

• Kebanjiran pelajar yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia telah membuka hati Tuan Haji Hamid bin Haji Samad bersama isterinya Puan Hajah Awiah binti Haji Awi untuk menawarkan sebahagian dari rumah mereka untuk dijadikan asrama kedua pelajar MAN. Empat bilik yang selesa bersama ruang legar dan ruang tamu telah diserahkan kepada MAN untuk menjalankan aktiviti pengajian Al-Quran. Lebih dari 10 orang pelajar telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuknya di asrama ini. Pada tahun 2009 asrama ini telah ditutup kerana MAN telah mendapat asrama baru yang lebih selesa.

 

2002

• MAN melangkah setapak lagi kehadapan apabila diminta untuk membuka cawanganya di Surau Al-Mizan, Kampung Parit Karang Darat. Secara rasminya Kelas di Parit Karang Darat ini telah dikenali dengan nama Raudhah An-Nuur (kini Madrasah Al-Mizan / MAM) dan terus beroperasi sehingga ke hari ini.

• Atas inisiatif Tn. Hj Abd Rashid B. Abu Hassan (Pengerusi Surau Al-mizan) dan keluarga beliau, pelajar MAN cawangan Pt. Karang Darat telah di pindahkan ke premis baru yang merangkumi dua pintu rumah yang dijadikan asrama pelajar. Iaitu bersebelahan dengan bangunanan asal asrama pelajar (Balai Islam) di Surau Al-Mizan Pt. Karang Darat. Perpindahan ini telah memberikan suatu suasana baru kepada pelajar MAN yang menjanjikan lebih keselesaan.

 

2003

• Fungsi pejabat pentadbiran MAN dipindahkan dari asrama 2 (rumah Tuan Haji Hamid) ke Raudhah An-Nuur, Parit Karang Darat sehinggalah ke hari ini.

• Sehingga hari ini Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur (MAN) masih terus mencurahkan baktinya kepada masyarakat. MAN sentiasa komited di dalam usahanya untuk melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa dan berdaya saing.

 

2005

• MAN telah berjaya didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Johor.

 

2007

• MAN membuka tempat pengajian baru di Tanjung Gading untuk pelajar tahfiz banat / perempuan.

 

2008

• MAN membuka cawangan di Kemboja, dikendalikan oleh bekas pelajar MAN iaitu Ustaz Arafat bin Yusuf.

 

2009

• MAN membuka kelas alim atau kitab aliran pondok untuk banin / pelajar lelaki.

 

2010

• MAN menerima bangunan baru di Parit Ponorogo hasil dari bantuan Kerajaan Negeri Johor.

• MAN membuka kelas alimah atau kitab aliran pondok untuk banat.

• Puan Hajah Awiah binti Haji Awi (Ibu kepada Mudir) menerima anugerah Juara Ibu Mithali 2010 peringkat Kebangsaan,

2011

• Kini, pada tahun 2011 MAN telah bertapak di 5 kawasan yang berlainan iaitu Kesang Laut, Parit Ponorogo, Tanjung Gading, Parit Bunga yang semuanya berada di dalam daerah Ledang dan satu cawangan di Kemboja.

• MAN menerima bantuan untuk bangunan baru yang bernilai RM1.2 juta.

• Laman web www.madrasahannuur.com dilancarkan.

Tinggal Pesanan

Name:
Email:
For:  
Mail will not be published
  • mayza
    (Saturday, May 11. 2013 12:45 PM)
    salam , madrasah ini ade bahagian alimah untuk perempuan tak ?
  • Faridah Bt Jamil
    (Tuesday, May 7. 2013 10:06 AM)
    Salam,saya ingin tahu sekiranya madrasah tuan ada program pengajian hujung minggu sahaja.
  • Pn zakiah
    (Monday, May 6. 2013 07:35 PM)
    Salam ustaz, saya mohon kem tahfiz hujung tahun ni bermula bila hingga bila?Saya nal plan cuti bersama anak-anak.Wasalam
  • Aimi
    (Tuesday, Apr 30. 2013 06:40 PM)
    Asslmkm. Saya berumur 20 tahun . Saya ingin belajar di sklh pondok. bagaimana cara memohon
  • Mohammad Rahzib Haji Abdul Aziz
    (Saturday, Apr 6. 2013 05:54 PM)
    Assalamualaikum, saya bercadang mendaftar anak lelaki pada tahun 2014 iaitu ketika berumur 13 tahun. Apakah syarat-syaratnya dan pengajian-pengajian yang akan dipelajari termasuk peperiksaan PMR? SPM?.Terima kasih.
  • nur syahirah
    (Saturday, Apr 6. 2013 05:36 PM)
    dan saya 15 thn boleh ke

1 · 2 · 3 · 4 · 5 · »