Motto

Motto M.A.N yang tertera di dalam logonya berbunyi “مَن جدَّ وَجَدَ” yang bermakna “sesiapa yang berusaha pasti dapat” menjadi perangsang untuk melahirkan insan misali. M.A.N juga yakin bahawa tidak mustahil “debu menjadi emas” dan “batu menjadi berlian”, begitulah manusia tidak mustahil yang jahat menjadi baik, yang kurang bijak menjadi cerdik dan yang malas menjadi cerdas dan cergas. Jata M.A.N memahatkan “الإيمان، العلم، العمل، الدعوة، الإستقامة” sebagai sasaran utama dari moto “مَن جدَّ وَجَدَ”. Begitu juga hadis Baginda Nabi S.A.W yang berbunyi “طلب العلم فريضة على كل مسلم” yang bererti “menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap orang yang beriman” diabadikankan dalam logo M.A.N sebagai pemangkin semangat para pelajar dan semua pihak yang tertabit dengan pengajian ilmu agama Allah SWT.



