Home/Aktiviti, Umum/Program Korban Di Madrasah Annur

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari Raya Aidiladha 1435h baru sahaja melaburkan tirainya. Terasa seperti terlalu cepat waktu berlalu. Seperti rutin kebiasaan, Selesai sahaja Solat Hari Raya Aidiladha, Semua kaum lelaki bersedia dengan pisau dan parang tajam untuk bergotong royong melapah binatang Korban.

Tidak kurangnya di Madrasah Annur, Setiap tahun pasti ada Lembu atau Kambing yanng dikorban. Tahun ini cuma 4 ekor berbanding 15 ekor pada tahun 2013. Anak-anak didik di MAN nampak teruja untuk memulakan Korban. Masing-masing sudah bersedia dengan ‘senjata’ tersendiri. Telah dibahagikan pelajar-pelajar dengan beberapa kumpulan agar jadi lebih teratur.

Ditakdirkan Allah, pada malam raya hujan turun dengan lebat sehingga menyebabkan tapak Korban telah berlecak. Jadi, dialihkan ke tempat yang lain tapi masih dalam kawasan MAN. Menumbangkan Lembu tidak menjadi masalah buat pelajar MAN kecuali seekor Lembu. Biasalah kalau dengar Lembu hitam semestinya Lembu yang ganas, Lembu ini telah terlepas semasa mahu dipindahkan ke tempat Korban yang baru. Selepas beberapa minit ,barulah Lenbu tersebut dapat ditambat semula.

1525376_753286288053680_1292554516693686143_n

ini dia tukang sembelih – Dr Fadli Hamid

10653829_753286364720339_803000597047201750_n

10592934_753286184720357_3146068639627521568_n

Gotong royong memotong daging Korban

10659375_753286121387030_7779977550337663856_n

Semuanya berlansung dengan lancar serta di bantu oleh berberapa orang kampung dan Keluarga Tuan Mudir kami. Tepat Jam 12 tengahari, selesai semuanya. Bermula pula sesi memasak lauk pauk untuk Ahlul MAN yang bertemakan daging lembu. Sesi ini dipertanggungjawabkan kepada para Ustazah-ustazah MAN. Maka terhasillah 2 lauk iaitu Sup Daging dan Daging Masak Paprik. Terima kasih yang terhingga kepada semua yang menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberi keberkatan yang tidak terbatas kepada kita semua dan bertemu lagi dengan Hari Raya Aidiladha tahun hadapan. InsyaALLAH !!

By | 2017-06-11T16:07:59+00:00 October 12th, 2014|Aktiviti, Umum|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment