Home/Berita MAN/PEMBUKAAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESSI 2/2014

Temuduga akan bermula pada bulan mac 2014 sebelum membuat pendaftaran pada bulan Julai 2014.Pendaftaran pelajar baru sessi 2/2014 dibuka pada 21 Julai 2014.

SYARAT PENERIMAAN KEMASUKAN PELAJAR BARU

  1. Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan ayah atau penjaga.
  3. Surat berhenti sekolah.
  4. Surat sokongan akhlak sekiranya bekas pelajar dari madrasah lain atau pemohon berumur 15 tahun dan ke atas.
  5. Sedia mematuhi peraturan dan jadual yang ditetapkan oleh pihak Madrasah.
  6. Mempunyai keazaman untuk menjadi insan yang berakhlak mulia.
  7. Memiliki rninat untuk menjadi seorang penghafaz Al-Quran.
  8. Tidak menghidapi apa-apa jenis penyakit yang kronik.
  9. Mampu berdikari dan menjaga kebersihan dan keselamatn diri.
  10. Bukan bekas pelajar yang telah dibuang dari mana-mana pusat pengajian dan madrasah.
  11. Memiliki sahsiah diri yang terpuji,baik dan menggalakkan.
  12. Lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak madrasah.

Bahagian Tahfiz

Tahap Satu: Celik Al-Quran (menggunakan sistem Iqra): untuk pelajar yang belum boleh membaca Al-Quran atau telah membaca Al-Quran tetapi masih dalam tahap yang tidak memuaskan dari sudut sebutan huruf, panjang pendek dan seumpamanya.

Tahap Dua: Nazirah (membaca Al-Quran hingga khatam 30 juzuk): untuk pelajar yang telah menamatkan tahap satu sama ada sebelum memasuki Madrasah atau semasa di Madrasah dan juga untuk pelajar yang telah mengkhatamkan Al-Quran sebelum belajar di Madrasah tetapi bacaannya tidak memuaskan.

Tahap Tiga: Pra Tahfiz Al-Quran (menghafaz surah-surah penting seperti As-Sajadah, Al-Mulk, Yasin, Al-Waqi’ah, Al-Dukhan, Ar-Rahman dan sebagainya): untuk pelajar yang baru mengkhatamkan Al-Quran dan dalam ujian dan latihan untuk ke tahap empat iaitu tahap Tahfiz Al-Quran 30 juzuk.

Tahap Empat: Tahfiz Al-Quran (menghafaz dan memahami 30 juzuk Al-Quran): untuk pelajar yang khatam bacaan Al-Quran dan telah mahir serta lancar membaca Al-Quran.

Tahap Lima: Syahadah Tahfiz (mampu membaca Al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam tempoh tidak melebihi 3 hari dengan cara hafazan tanpa melihat kepada Al-Quran dan bacaan tersebut tidak melebihi 15 kesalahan): untuk pelajar yang telah menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Tahap ini adalah tahap yang paling tinggi dalam pengajian tahfiz Al-Quran sebelum memulakan pengajian selanjutnya dalam ilmu qiraat, tarannum, tafsir dan sebagainya.

TEMPOH:

  1. Tempoh yang dicadangkan kepada pelajar tahap satu ialah enam hingga sepuluh bulan sahaja jika pelajar bermula dari Iqrok yang pertama.
  2. Tempoh yang dicadangkan kepada pelajar tahap dua ialah setahun tetapi digalakkan supaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran dalam tempoh empat bulan jika bermula dari juzuk yang pertama.
  3. Tempoh yang dicadangkan kepada pelajar tahap tiga iaitu tahap Pra Tahfiz Al-Quran ialah 60 hari untuk menghafaz 4 surah iaitu surah As-Sajadah, Ad-Dukhan, Al-Waqi’ah dan Al-Mulk.
  4. Tempoh untuk tahap empat iaitu tahap Tahfiz 30 juzuk Al-Quran adalah bergantung kepada kemampuan setiap pelajar tetapi pihak Madrasah meletakkan ‘target’ untuk setiap pelajar supaya berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh tidak melebihi tiga tahun bermula dari memasuki tahap tiga.
  5. Tempoh yang dicadangkan untuk tahap lima iaitu tahap Syahadah Tahfiz ialah satu tahun sahaja.

SILIBUS PELAJARAN ALIRAN TAHFIZ

Hafazan: Al-Quran Riwayat Hafs Dari‘Asim, Rasm‘Uthmani.

Terjemahan Al-quran: Tafsir Bimbingan Al-rahman.

Tauhid: Usuluddin Karangan Muhammad Atarid & Risalah Tauhid

Tajwid; Ilmu Tajwid, Riwayat Hafs `An `Asim, Toriq Asy-syatibiyyah Karangan

Surur Shihabuddin Hassan An-nadawi Al-hafiz.

Fiqh: Pelajaran Fiqh Karangan Abu Qamariddin, Safinahtun Najah Was Solah Karangan Salim Mutalaah

Bahasa Arab: Durus Al-Lughah Al-’Arabiyyah Li Ghair An-Natiqiin Bihaa Karangan As-syekh Faa Abdul Rahim.

Jawi: Doktor Jawi Karangan Ustaz Abdul Manan Al-Marbawi

YURAN PENDAFTARAN DAN BULANAN

  1. Yuran pendaftaran kemasukan bagi pelajar Tahfiz adalah sebanyak RM650 dan bagi pelajar Ulum syar’iyyah RM750. Jumlah tersebut merangkumi yuran bulan pertama, yuran pendaftaran, yuran peperiksaan, katil (bergantung kepada tempat), tilam, cadar, meja mengaji, kitab fardu ‘ain, kitab tajwid,  kitab zikir dan adab harian, pakaian seragam yang terdiri dari jubah sepasang untuk lelaki dan perempuan dan tudung untuk perempuan dan lain-lain lagi.
  2. Yuran bulanan pula adalah berjumlah RM230. Yuran bulanan adalah merangkumi makan dan minum sebanyak 3 kali sehari, penginapan, pengajian dan pengangkutan.
  3. Yuran untuk urusan lain mungkin akan diminta jika diperlukan seperti yuran untuk rombongan lawatan sambil belajar, program perkhemahan, yuran konvo dan sebagainya.
  4. Segala yuran persekolahan di sekolah kebangsaan dan seumpamanya bagi pelajar yang memohon untuk belajar di Madrasah sambil bersekolah adalah urusan yang tidak ditanggung oleh pihak Madrasah.

Pendaftaran adalah dua kali dalam setahun iaitu iaitu pada bulan Mei untuk penerimaan pada bulan Julai dan keduanya ialah pada bulan November untuk penerimaan pada bulan Januari.Pendaftaran untuk sessi 2/2014 dibuka bulan mei ini. Jika sesiapa yang  berminat sila hubungi Ustaz Haji Hanapie bin Haji Ali (lelaki) di talian 0126773992 dan ustazah ridhwah 017-7209435 (perempuan) atau emailkan ke mudirmadrasah@gmail.com.

By | 2017-06-11T16:08:00+00:00 February 13th, 2014|Berita MAN|14 Comments

About the Author:

14 Comments

  1. Nur Amalina Bt Kurnaen July 24, 2014 at 8:03 am - Reply

    Assalamualaikum..
    Macam mana nak mendaftar?

    • husna muaz August 11, 2014 at 5:13 pm - Reply

      waalaikumussalam, boleh contact no 0126773992 -ust hanafi-

  2. ZULKARNAIN ZAINAL December 26, 2014 at 12:55 pm - Reply

    Assalamualaikum, Mohon pencerahan saya ingin menuntut ilmu tetapi berasal dri sabah, dimana kah letak atau negeri madrasah ini, boleh kah saya memohon untuk belajar di sana.

    • husna muaz December 28, 2014 at 3:29 pm - Reply

      waalaikumussalam, madrasah kami terletak di Kesang Laut Ledang, Johor.. minta maaf kerana pengambilan baru untuk kemasukan Januari 2015 ini sudah tutup & sudah penuh.. tetapi kami ada membuat pengambilan untuk seisi ke-2 pada pertengahan tahun 2015, sebarang pertanyaan anda boleh berhubung dengan Ustaz Haji Hanapie bin Haji Ali (lelaki) di talian 0126773992 dan ustazah ridhwah 017-7209435 (perempuan)

  3. Suhaimi Bin Aliman January 22, 2015 at 8:00 pm - Reply

    Aslm…sy nk anak lelaki berusia 10th. Apakah kelayakn yg perlu ade? Berapa yuran ?

  4. Suhaimi Bin Aliman January 22, 2015 at 8:03 pm - Reply

    Aslm. ..sy nk daftar kn anak lelaki berusia 10th. Apakah kelayakn yg perlu ade? Berapa kos yuran?

    • husna muaz January 26, 2015 at 3:25 pm - Reply

      waalaikumussalam, untuk pengambilan JAN 2015 pendaftaran tlh ditutup.. Pada bulan JUN 2015, akan ada pengambilan untuk pelajar baru.. untuk memohon perlu dtg ke Madrasah untuk interviuw.. kos yuran tahunan rm770 termasuk yuran bulan pertama. yuran bulanan pula rm230

      • MOHID AHMANSAH BIN AHMADAL March 18, 2015 at 5:17 pm - Reply

        Assalamu’alaikum ..Bagaimana bagi mereka yang tinggal jauh dari Madrasah ini seperti saya yang tinggal di sabah tapi mahu belajar di Madrasah ini?

      • MOHID AHMANSAH BIN AHMADAL March 26, 2015 at 8:07 pm - Reply

        Kalau suda bayar yuran tahunan perlu bayar yuran bulanan lagi ka?

        • husna muaz May 18, 2015 at 4:03 pm - Reply

          perlu , yuran tahunan dan yuran bulanan adalah berbeza ..

  5. MOHID AHMANSAH BIN AHMADAL March 18, 2015 at 5:12 pm - Reply

    Assalamu’alaikum .. mcm mana mahu mendaftar?

  6. Ruzita seri May 13, 2015 at 8:54 am - Reply

    Assalamualaikum..ank lelaki saya berusia 18 tahun berminat utk memulakn pengajian di madrasah ini tetapi saya dari Singapura.Boleh kah saya mendaftarkn anak saya?Masih ada ruang kosong untk pendaftaran Jun 2015? Terimakasih

    • husna muaz May 18, 2015 at 4:02 pm - Reply

      wsalam. boleh hubungi nombor ini : 0126773992 ( ust hanapie)

  7. munirah zainudin June 18, 2015 at 11:03 pm - Reply

    assalamualaikum,saye sekarang sekolah dekat luar negera tetapi bulan puasa ni saye cuti jadi saye ingatkan nak sambung belajar untuk bualan ramadhan ni boleh tak?? untuk kuatkan hafalan saye

Leave A Comment Cancel reply