Home/Umum/Pembanggunan Musolla di Madrasah Annur

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Madrasah Annur (MAN) telah mengerak satu langkah ke hadapan dengan membina sebuah musolla bersebelahan dengan asrama puteri MAN, Asyraful Madaris yang terletak di kampung kesang laut, Ledang Johor.

Pada hari Khamis, 16 April yang lalu telah berlangsung majlis pecah tanah yang disempurnakan sendiri oleh Tuan Mudir MAN, Ustaz Haji Noor Effendi Hamid dan disaksikan oleh Tok Penghulu Kampung Kesang Laut. Selepas berakhir majlis tersebut, maka bermulalah pembinaan musolla MAN ini.

Pembinaan Musolla yang menelan belanja sebanyak RM400k ini  siap Ogos 2015. Kini pembinaan telah pun siap sepenuhnya. Dana untuk binaan Musolla ini dikumpul melalui dana Derma orang ramai berupa Saham Wakaf.

Kini Musolla ini telah digunakan sepenuhnya pada Ramadhan tahun 2015.

Alhamdulillah.

 

jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pewakaf dan penderma. Tidak lupa juga kepada yang mendoakan pembinaan Musolla ini berjalan dengan lancar.

By | 2016-05-05T10:17:35+00:00 May 5th, 2016|Umum|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment