Alhamdulillah, semalam telah tamat ujian shahadah seorang lagi pelajar MAN yang membaca 30 juz dalam masa 2 hari, (1hari 15juzuk) 14&15 Oktober 2018
Beliau mula masuk ke MAN pada akhir Disember 2013 dan mula menghafal pada 16 Oktober 2014. Beliau kemudian khatam hafalan pada 1 Februari 208
Walaupun banyak dugaan dan ujian yang datang kepada beliau ketika menghafal dan mengulang Shahadah, Antaranya tidak berkeyakinan untuk shahadah serta putus ada dan tiada semangat untuk shahadah tetapu atas semangat yang diberikan oleh ustazah dah rakan-rakan, Alhamdulillah beliau dapat menamatkan Ujian Shahadah ni dengan lulus cemerlang.
Majlis doa khatam dihadiri oleh ibu dan bapanya serta rakan sekelas beliau.
Semoga ianya menjadi asbab dapat menarik ahli keluarganya ke syurga Allah SWT.
Tahniah kepada Adik Nur Nabilah dan kedua Ibubapanya!
Leave A Comment