Home/Umum/PELAJAR MAN BERJAYA SHAHADAH DALAM BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum, apa khabar semua. Rasanya lama dah MAN tak post dlm blog ni.

 

Alhamdulillah, pada bulan Ramadhan yang lepas, 2 orang pelajar MAN telah berjaya Shahadah. Shahadah ialah membaca keseluruhan Al-quran secara hafalan dalam masa 1 atau 2 atau 3 hari dan disemak oleh seorang Ustaz dan 3 orang pembantu. Pelajar yang berjaya Shahadah itu adalah seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan.

 

Pelajar lelaki, Nik Muhammad Elyas bin MD Arsad berjaya shahadah pada 6 Julai 2015( 1 hari ) bermula selepas subuh dan berakhir pada jam 6 petang sebelum berbuka puasa. Beliau berjaya Shahadah selepas Khatam menghafal pada 6 februari 2015.

 

Pelajar perempuan pula, Mariatul Kamaliah Shahadah pada 4-5 Julai 2015 (2 hari).

By | 2017-06-11T16:07:57+00:00 May 5th, 2016|Umum|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment