Home/Blog Mudir/MUDIR SELAMAT PULANG

Alhamdulillah ana selamat sampai ke KLIA baru sebentar tadi. Bumi Yaman yang penuh dengan hikmah dan ilmu amat manis kenangannya. Tulis post ni pun di KLIA sementara menunggu keluarga datang menjemput. Mereka agak lambat sampai kerana masalah kenderaan yang tidak dielakkan.Tidak mengapa lambat, yang penting selamat.

Kembalinya ana ke Malaysia dengan pelbagai azam baru untuk kemajuan madrasah, antaranya ialah menghantar pelajar terpilih untuk menyambung pengajian mereka di Yaman. Cara pengajian Yaman pun banyak yang boleh diterapkan di madrasah. Sama-sama doakan semoga perancangan ana untuk majukan kualiti madrasah tercapai.

By | 2011-03-08T15:42:10+00:00 March 8th, 2011|Blog Mudir|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment