Home/Blog Mudir/Mudir Berceramah di Yaman

“Syekh! Anta belajar bahasa Arab di mana?” Itulah soalan yang dilontarkan kepada ana oleh seorang pelajar Malaysia di Yaman yang baru ingin berkenalan dengan ana. “Ana belajar sikit-sikit macam tu jer. Kenapa? Banyak salah ke ana punya ceramah dalam masjid Hamzah tadi?”, ana jawab dengan spontan. Dia pun kata, “bukan, tadi ana datang lambat, dari luar masjid ana dengar macam orang Arab yang ceramah, tiba-tiba tengok anta yang ceramah”. Ana pun menunjukkan kehairanan sambil beristighfar tentang kenyataan tersebut.

Begitulah sifat dan sikap manusia yang sentiasa berlainan persepsi dan pandangan. Pada ana, apa yang ana miliki belum sampai ke tahap yang memuaskan hati sendiri hingga menyebabkan selalu “geram” melihat mereka yang tinggi ilmunya dan ingin menjadi seperti mereka yang sudah matang dalam ilmu. Sebaliknya ada pula orang yang memandang tinggi apa yang kita miliki sedangkan itu hanyalah pandangan beliau sahaja.

Oleh kerana itu Nabi Muhammad saw mengajar umatnya jika dipuji oleh seseorang maka ucapkanlah doa ini: اللهم لا تؤاخذني بما يقولون واغفرلي ما لا يعلمون واجعلني خيرا مما يظنون, maksudnya “Ya Allah! Janganlah Kau menarik balik atau mempersalahkan daku disebabkan apa yang mereka katakan (pujikan) dan ampunilah daku apa yang mereka tidak mengetahui (tentang diriku) dan jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan tentang diriku”. Dengan mengamalkan doa ini maka sifat tawaduk akan terjaga, sifat ikhlas akan terbentuk, sifat melihat kekurangan diri sendiri terdidik dan sifat mengharapkan rahmat Allah memuncak tinggi.

“Allah lebih mengetahui perkara yang sebenar dan yang tersembunyi”, itulah penutup yang ana katakan pada sahabt tersebut. Ya, memang benar. Allah lebih mengetahui akan diri seseorang lebih dari orang itu sendiri mengenali dirinya. Itulah kehebatan Allah swt yang mencipta, memiliki dan mentadbir sekalian alam ini. Justeru, Lakukanlah sesuatu hanya kerana Allah, hanya dengan keikhlasan sahaja seseorang itu diterima oleh Allah swt.

Mengenang kembali apa yang ana ceramahkan semalam di hadapan khalayak orang Arab memang agak serba salah sebab ana tak pandai bahasa Arab “pasar” sedangkan orang Arab pula jarang cakap bahara Arab “kitab” tetapi mereka suka kepada orang luar yang bercakap menggunakan bahasa Arab kitab (fus-hah). Tapi bagi ana, semua itu tidak penting. Apa yang penting ialah menyampaikan dakwah dan saling nasihat menasihati sesama umat Islam.

Bukan susah pun nak ceramah dalam bahasa Arab ni, keluarkan Al-Quran dan hadis yang pernah dihafaz cukup ler, tak payah nak terjemah atau syarahkan sebab orang Arab memang faham, itulah kelebihan orang Arab, khususnya Arab Yaman. Ayat-ayat al-Quran dan hadis memang menjadi perkara biasa dalam perbualan mereka hatta orang awam sekali pun. Kalau berbual dengan driver teksi memang akan mencengangkan sebab mereka suka dengar kita bercerita tentang agama dan mereka boleh menambah lagi dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis. Walaupun bukan semua orang awam mereka begitu tetapi ramai yang kuat agamanya.

Ana bawa cerita ini hanyalah untuk tatapan anak-anak murid ana dan mereka yang ingin mengambil iktibar supaya mereka lebih bersemangat dalam menuntut ilmu dan menghidupkan penghayatan ilmu dalam diri mereka, diri keluarga mereka dan dalam diri setiap jiwa dari umat Muhammad saw.

By | 2017-06-11T16:08:00+00:00 March 5th, 2011|Blog Mudir|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. Hajar March 5, 2011 at 7:27 pm - Reply

    MasyaAllah…. Semoga Allah terima dakwah ustaz. Saya pun nak berdakwah juga tapi macamana yer?

  2. mudir March 22, 2011 at 10:51 pm - Reply

    Ni Aqram Osha atau aqram lain?

Leave A Comment