بسم الله الرحمن الرحيم
Masalah remaja semakin merunsingkan banyak pihak khasnya ibu bapa dan sekolah. Antara punca utama kerosakan remaja di zaman ini bahkan sejak dahulu ialah cinta dunia dan kawan melebihi dari cinta Allah, Rasul, ibu bapa dan para guru. Masalah ini sudah disebut oleh Allah dalam al-Quran dan Rasul dalam sabdaannya.
Konsep Al-Quran dan Hadis bukan hanya membentangkan masalah umat tetapi kedua-duanya juga menawarkan dan menunjukkan cara untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Antara cara yang diterangkan oleh Allah dan RasulNya untuk menyelamatkan umat ini khasnya para remaja dari kencah maksiat ialah dengan membawa mereka ke arah iman yang sahih dan amal yang soleh. Bagaimana untuk mencapai tahap iman sahih dan amal soleh ini maka perlu kepada suasana yang mampu membentuk remaja dan umat untuk mengubah diri mereka dari rosak menjadi baik atau dari baik menjadi lebih baik hingga mencapai keredaan Allah swt.
Atas maksud menghidupkan suasana iman sahih dan amal soleh ini maka Madrasah An-Nuur telah melaksanakan pelbagai program untuk melahirkan generasi Al-Quran yang memperjuangkan sunnah Nabi saw. Amalan, suasana dan nasihat sering disuntik kepada para pelajar demi menghasilkan impian setiap umat adalah hamba Allah yang bertaqwa.
Mari sama-sama berjuang dalam melahirkan generasi impian sebagai kesinambungan perjuangan kekasih kita Nabi Muhammad saw.
Memang merunsingkan. Tahniah kepada pihak madrasah kerana berusaha melahirkan insan yang berkualiti untuk umat.
Salam….
memang benar masalah remaja kita dalam keadaan yang amat membimbangkan …saya berada dalam bidang pendidikan juga…tapi aliran SMK…harap mendapat ilmu dari sini yang dapat saya terapkan kepada generasi hadapan ini.
as salam…saya juga antara ibubapa yg mempunyai masaalah anak2 remaja .bolehkah saya menghantar anak2 remaja saya di madrasah tuan utk mendapat didikan supaya menjadi hamba Allah.
W’slm. Maaf puan, penerimaan pelajar baru telah ditutup sejak 1/1/2013.
Assalam..bagaimana saya hendak menhantar anak belajar di sana..masih dibuka ?
w’salam, penerimaan pelajar baru seisi kedua pada bulan MAC ini. Jika berminat sila hubungi Ustaz Haji Hanapie bin Haji Ali (lelaki) di talian 0126773992 dan ustazah ridhwah 017-7209435 (perempuan)