Home/Aktiviti, Umum/MAN HANTAR WAKIL KE PERLAWANAN FUTSAL

Assalamualaikum.

 

Alhamdulillah, segala pujian hanyalah kepada Allah. Semoga kita semua berada dibawah redha Allah dan MAN mendoakan semua yang kita rancang hari ini berjalan dengan lancar hendaknya.

Pada hari sabtu yang lepas MAN telah menghantar 1 pasukan Futsal bawah 12 tahun menyertai pertandingan Futsal Piala Dato’ Razali Ibrahim yang berlangsung di Galaxy D’ Futsal, Jalan Joned, Muar Johor. Pasukan ini diberi nama KidsMAN FT (KMFT). Beberapa orang ustaz membawa ahli KMFT berlatih pada petang jumaat sekaligus membiasakan peserta itu dengan keadaan gelanggang, kerana biasanya pelajar MAN bermain bola diatas padang rumput.

 

futsal 2

futsal 3

futsal 4

 

Pada hari sabtu, seawal jam 8.30 pagi KidsMAN FT diiringi beberapa orang uastaz dan ustazah telah bertolak ke gelanggang perlawanan yang mengambil masa setengah jam. Setelah sampai ke gelanggang, KdsMAN FT terus mendaftarkan nama kumpulan dan melihat jadual perlawanan yang telahpun dusiapkan oeh pihak penganjur dan KidsMAN FT telah disenaraikan didalam Kumpulan H.

 

KidsMAN FT kalah pada perlawanan pertama dengan jaringan 0-2 dan kemudiannya bangkit pada perlawanan kedua dan kemenangan 3-0. Handal juga pelajar MAN ni 🙂 Dengan kemenangan kedua itu melayakkan KidsMAN FT ke perlawanan kalah mati.

 

11011479_394269180757075_1549067839014285658_n

11200576_394269270757066_6055248327957976034_n

11350437_394269227423737_3439073251086308246_n

11392809_394269150757078_6141983609136253655_n

 

Pada perlawan kalah mati mrnyaksikan 16 Pasukan terbaik memburu slot ke suku akhir dan pada perlawanan ini berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada KidsMAN FT dengan keputusan 1-0 sekaligus KidsMAN FT mendapat slot ke suku akhir. Selepas itu perlawanan ditangguhkan sebentar kerana memberi laluan kepada semua peserta untuk makan tengahari dan Solat Zohor.

 

11026142_394267844090542_5975367881928566872_n

11350631_394268297423830_4676262623855615381_n

futsal 1

 

Selepas makan tengahari dan berehat sebentar, perlawanan suku akhir diteruskan dan KidsMAN FT perlu akur kepada keputusan yang berpihak kepada pasukan lawan dengan jaringan 1-2. Dengan kekalahan itu, maka berakhirlan pemburuan KidsMAN FT untuk menjulang piala.

 

Alhamdulillah, Segala puji hanya bagi Allah. Semoga Allah terima usaha kita semua.

 

By | 2017-06-11T16:07:58+00:00 June 4th, 2015|Aktiviti, Umum|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment