Home/Blog Mudir/Lawatan Mudir ke Yaman

Assalaamu’alaikum;

Sebelum ana berangkat ke Yaman, encik Suhaimi telah berjumpa ana untuk membina sebuah website untuk MAN. Beberapa hari selepas itu ana pun terbang ke Yaman. Seminggu selepas itu ana buka internet dan dapati dah ada website MAN. Jazakallahulkahir diucapkan kepada encik Suhaimi (webmaster) kerana berkorban untuk menjayakan web ini.

Setelah 3 minggu berada di bumi yang dipuji oleh Nabi saw iaitu Yaman kini hati sudah mula teringat madrasah dan para pelajarnya yang ana tinggalkan. Kuat juga “magnet” para pelajar Madrasah An-Nuur (MAN) ni, masyaAllah.

Tujuan menjejakkan bumi di Yaman ini ialah untuk mendekati para ulamanya yang amat terkenal dengan ilmu dan zuhudnya. Selain itu, ana juga meninjau tempat-tempat pengajian yang mungkin boleh dijadikan tempat lanjutan pengajian bagi para pelajar MAN.

Walaupun Yaman sedang dilanda masalah politik dalaman hingga menyebabkan tercetusnya tunjuk perasaan di jalan-jalan raya tetapi ia hanya berlaku pada beberapa tempat tertentu sahaja. Sejak 3 hari ini pemberontak semakin berkurangan sebab para ulama telah sepakat menasihati rakyat supaya selesaikan masalah dengan cara yang baik seperti perbincangan dan sebagainya bukan melalui protes jalanan. Alhamdulillah rakyat Yaman mentaati nasihat para ulama walaupun suasana agama di Yaman pun tidaklah begitu teguh kesatuannya. Inilah berkat mesyuarat, jika diamalkan dengan cara yang baik maka pasti akan datang natijah yang baik dari Allah swt.

Kepada mereka yang berminat untuk menghantar anak atau kenalan ke Yaman untuk belajar bolehlah hubungi ana. InsyaAllah ana cuba bantu apa yang mampu ana bantu dari sudut maklumat dan kenalan di Yaman. Antara pengajian yang ditawarkan di sini ialah tahfiz al-Quran, qiraat 10, fiqh Syafiie dan 4 mazhab, ilmu hadis, falaq dan sebagainya.

Hasil ziarah ana ke Yaman, ana dapat jalinkan hubungan antara MAN dengan beberapa pusat pengajian di sini antaranya di Sanaa dan Hodaidah. InsyaAllah jika tiada apa-apa halangan akan ada pelajar Yaman akan ke MAN untuk menuntut ilmu agama di samping mewujudkan suasana bahasa Arab di dalam MAN. Semoga selepas ini pelajar MAN lebih bersemangat untuk belajar selepas melihat orang Arab pun datang belajar di MAN. Salah seorang dari pelajar Yaman tersebut bernama Fahad bin Abdullah yang akan terbang ke Malaysia pada 8 Mac 2011 ini. Beliau ialah anak yatim yang amat berminat untuk menghafaz al-Quran.

InsyaAllah, dari semasa ke semasa ana akan mengisi ruang berita MAN ini. Sama-sama kita berkongsi maklumat di sini.

Sekian. Wassalaam.

By | 2011-03-01T23:25:30+00:00 February 26th, 2011|Blog Mudir|1 Comment

About the Author:

One Comment

  1. husna muaz October 15, 2014 at 9:57 am - Reply

    waalaikumussalam.
    ini email ustaz, mudirmadrasah@gmail.com

Leave A Comment