Home/Aktiviti, Umum/Lawatan dari Madrasah Al-Mukarromah

Assalamualaikum, Semalam MAN (Madrasah An-Nur) menerima lawatan dari Madrasah Al-Mukarromah Manba’ul Quran Lit-Tarbiah Wat-Tahfiz, Simpang Renggam. Kedatangan mereka untuk menziarahi MAN disamping berkongsi pendapat dan pengalaman. MAN telah membuat persiapan untuk menerima kedatangan 35 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring ini.

Rombongan dari Madrasah Al-Mukarromah sampai pada jam 1.45 pm dan dihidangkan santapan makan tengahri. Waktu petang pula diisi dengan perlawanan Bola Jaring. Perlawanan ini lebih untuk mengeratkan hubungan antara MAN dan Madrasah Al-Mukarromah. Para pelajar sangat seronok. Perlawanan berakhir jam 4.30pm. Setelah solat Asar berjemaah di MAN, mereka bersiap-siap  untuk berangkat ke destinasi lain.

IMG-20141001-WA0008 IMG-20141001-WA0007 IMG-20140930-WA0027 IMG-20140930-WA0009

Semoga kita mendapat hidayah dan semoga kunjungan ini membawa berkat dan rahmat ke seluruh alam khasnya di MAN, INSYAALLAH.

 

By | 2017-06-11T16:07:59+00:00 October 1st, 2014|Aktiviti, Umum|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment