Home/Aktiviti/KURSUS PEMBUATAN KEK DI KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Assalalmualaikum..

 

Pada hari Jumaat yang lepas, seramai 14 orang pelajar serta 2 orang kakitangan MAN telah menyertai Kursus Pembuatan kek di Kolej Komuniti Ledang Johor. Mereka bertolak dari MAN seawal jam 8 pagi dengan menaiki van yang dipandu oleh Ustaz Hanapie.

 

Peserta Kursus pendek ini telah didedahkan oleh pensyarah Kolej Komuniti ini dengan cara pembuatan pelbagai jenis kek dan roti. Peserta juga berpeluang membuat sendiri dan merasa kek hasil buatan tangannya sendiri. Dengan Kek yang dihasilkan, mereka terasa teruja kerana dapat ilmu yang baru dan boleh diajar pula kepada sahabat-sahabat yang tidak dapat turut serta dan boleh menghasilkan kek sendiri sempena hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

 

Alhamsulillah, Segala pujian hanyalah untuk Allah semata-mata. Semoga ilmu yang diajarkan kepada anak-anak MAN ini dapatlah dimanfaatkan sebaiknya dan diberi ganjaran oleh Allah kepada pensyarah-pensyarah yang telah mengajar kami tentang ilmu Pembuatan Kek ini, InsyaAllah.

 

11291895_1636081059945691_1557526078_n

11304089_1636081069945690_1396135245_n

By | 2017-06-11T16:07:58+00:00 June 8th, 2015|Aktiviti|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment