Home/Aktiviti, Umum/KURSUS MENGAJAR AL QURAN MENGGUNAKAN TEKNIK RIYADHUL QURAN YAYASAN ZIDNI MESIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama rasanya saya tak menulis entri, kerana sibuk dengan kursus teknik mengajar AlQuran dan juga Talaqqi (membaca Al-Quran secara tartil) dihadapan syeikh dari mesir. MAN menerima tetamu yang datang dari Mesir iaitu Syeikh Usamah dan Syeikh Mustafa . Beliau datang daripada Yayasan Zidni di Iskandariah, Mesir.

Pada sesi yang pertama Syeikh Usamah telah mengajar guru-guru MAN teknik mengajar yang diberi nama Ryiadul Quran telah disusun oleh Syeikh sendiri. Dari testimoni beliau di Negara-negara Afrika,mereka telah mengajar menggunakan teknik ini dan hasilnya, kanak-kanak yang berumur 4 tahun pun sudah pandai membaca Al-Quran dengan bertajwid. Dan ilmu ini telah dibawa ke peringkat asia dan MAN adalah yang dipilih oleh Allah S.W.T

10756475_788308871207854_1896358620_o         1655988_525364114266759_2398865789209048236_n

Sesi belajar teknik Ryiadul Quran berlangsung selama 4 hari. Diajar dalam bahasa Arab dan diterjemah oleh Mudir MAN sendiri, Maulana Haji Noor Effendi Haji Hamid. Ia merangkumi Tahajji(mengeja) dan Tamhidi (membaca). Diakhiri dengan Ujian secara lisan dan bertulis yang dibuat oleh Syeikh Usamah sendiri.

Pada perancangan awal, Tetamu ini cuma datang selama 3 hari sahaja. Tetapi atas permintaan, beliau membuat keputusan untuk berada di MAN sehingga hari ini iaitu hari ke 10. Warga MAN tidak mlepaskan peluang untuk bertalaqqi dengan beliau. Setiap masa ada saja pelajar atau guru yang datang untuk memperdengarkan bacaan kepada beliau bagi mengenalpasti kesalahan-kesalahan dalam bacaan Al-Quran.

Semoga Allah memberkati Ilmu yang disampaikan oleh kedua-dua Syeikh ini kepada kami dan Allah merahmati beliau, Amiiin

By | 2017-06-11T16:07:58+00:00 November 6th, 2014|Aktiviti, Umum|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment