Home/Umum/KURSUS ADOBE PHOTOSHOP #BUDAK BARU BELAJAR# :)

 

Assalamualaikum, Alhamdulillah 🙂 Pada 24 September yang lepas, saya dan suami bersama Tuan Mudir & isteri telah menghadiri Kursus Adobe Photoshop. Wah, menarik tertarik bunyinya kan 😀 Sebelum ni belajar buat Adobe sendiri je, ini barulah ikut kelas secara formal. Seronoknya, MashaAllah! Kami menimba ilmu dari sifu-sifu yang ada di pejabat Denaihati Network yang beralamat di seksyen 13 Shah Alam. Banyak benda baru yang kami belajar. Banyak juga kaedah2 baru yang diajar. Guru yang mengajar pun TERBAIKK, MashaAllah 😉 Pemilik blog melastikbintang adalah guru utama dalam Kursus Adobe Photoshop ni.

kursus photoshop

Kursus ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 6.30 petang. Kami telah diajar untuk bina banner, iklan, background sendiri dan pengenalan dalam Adobe. Biasanya kalau nak buat background, google je background yang sedia ada. Lepas ni tidak lagi.. InshaaAllah 🙂 Belajar Adobe Photoshop tidak susah sekiranya kita rajin nak belajar 😉 Jika kita kreatif mungkin boleh buat lebih baik lagi! Bak kata pepatah “Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam apa saja hal, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.”

Terima kasih diucapkan kepada team Denaihati Network dan guru kami, yang bersungguh-sungguh menjayakan kursus pada kali ini dan menurunkan ilmu-ilmu yang berharga kepada kami. Semoga ianya bermanfaat buat kita di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

 

By | 2017-06-11T16:07:59+00:00 September 29th, 2014|Umum|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. jamil zakaria October 6, 2014 at 9:16 am - Reply

    Assalamualaikum.

    Saya ingin menghantar anak saya belajar adobe (Photoshop, flash, illustrator) Adakah pihak tuan ada menyediakan krusus ini?

    Sekian terima kasih

    • husna muaz October 8, 2014 at 4:04 pm - Reply

      Waalaikumussalam.
      maaf tuan, pihak kami tidak ada menyediakan kursus ini.

Leave A Comment