Home/Aktiviti/KULIAH MAN 2016

Assalamualaikum semua pembaca website MAN.. 🙂

 

Alhamdulillah ‘ala kullihaalin.. dalam 2016 ni kali pertama MAN mengadakan kuliah di musolla untuk ibubapa.. Ramai juga yang datang untuk menimba ilmu.. Jazakumullahu khairan kathira kerana datang dengan semangat, walaupun hadir untuk menziarahi anak tapi masih dapat meluangkan masa untuk majlis agama.

 

20160514_093721 IMG-20160514-WA0004 IMG-20160514-WA0018

Atas permintaan ibubapa, pihak MAN telah mengadakan kuliah pada 14 mei 2016 hari sabtu, bertajuk KIAMAT SUDAH DEKAT, penceramah oleh Tuan Mudir, Hj NoorEffendi bin Hamid.

Sebut tentang kiamat,semua rasa takut dan insaf.. Kiamat sudah terlalu dekat, tapi masih belum ada yang bersungguh untuk menuju ke arah keinsafan yang sempurna,, di situ kelemahan umat zaman kini. Masih lalai dengan kehidupan dunia, membuat amal sambil lewa. Di mana sampai satu masa nanti masing – masing hanya menyelamatkan diri sendiri, tiada tolong menolong disaat itu. Allahurabbi..

Sedikit perkongsian dari kuliah tersebut:

Rumusan dari kajian ulama tentang tanda – tanda kecil kiamat ialah semua tanda-tanda kecil telah berlaku. Zaman yang sedang kita lalui ini hanya sedang menunggu tanda kiamat besar yang dimulai dengan zahirnya Imam Muhammad Al-Mahdi. Diantara celah-celah tanda besar hari kiamat akan ada beberapa tanda kecil seperti pokok dan batu bercakap memberitahu kpada tentera Islam tentang wujudnya tentera kafir bersembunyi di belakang mereka.

Disabdakan oleh Nabi saw, tanda-tanda kecil yang akan berlaku sebelum datangnya kiamat  diantaranya ialah:

perniagaan yang bermodalkan mulut (istilahnya jual air liur), hanya dengan ceramah2 tertentu yang adakan bayaran, banyaknya perniagaan yang kita sendiri jelas dengan keadaan sekarang, ramainya wanita – wanita bekerja, anak – anak tidak taat pada ibubapa, adanya fitnah dari dalam rumah seperti gadget2 sekarang dan banyak lagi..

Nabi tidak melarang tetapi baginda memberitahu itulah yang akan terjadi sebelum datangnya kiamat besar.

Dikongsikan juga tentang kemunculan Dajjal yang akan berkuasa selama 40hari menakluki dunia. Manusia yang lemah iman akan mengikutinya.

Antara amalan yang dikongsikan agar selamat dari dajjal, istiqamah doa di bawah  ini setiap kali tahiyat akhir dalam solat sebelum salam dan baca surah Al-Kahfi pada setiap jumaat dan menghafaz paling kurang 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir dari surah Al-Kahfi.

                                             Doa Berlindung+siksa kubur+Fitnah Dajjal

Doa ini bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur, dari siksa neraka Jahannam, dari fitnah kehidupan dan setelah mati, dan dari kejahatan fitnah Al Masih Addajjal. Aamiin ya rabbalalamiin..

Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki amalan untuk sama2 dapat menarik rahmat Allah swt.

By | 2017-06-11T16:07:57+00:00 May 15th, 2016|Aktiviti|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment