Home/Umum/KEMASUKAN PELAJAR BARU MAN SESI 2/2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah rasa syukur yang tak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi, kerana memberi kami kekuatan dan Ilham untuk terus meneruskan perjuangan untuk melahirkan Generasi Al-Quran dan Para Huffaz yang bertaqwa.

Pada 10 Ogos 2014, Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2/2014 Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nur  (MAN) telah diadakan. Alhamdulillah, seramai 10 orang pelajar yang telah mendaftar. Semuanya telah lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak madrasah. Mereka berminat dan bercita-cita untuk menjadi seorang Hafiz dan Hafizah yang profesional di masa akan datang dan dapat meletakkan Al-Quran di tempat yang betul InsyaAllah. Amin Ya Robb.

khat

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM ke Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nur (MAN). Untuk para ibu-bapa yang memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak kalian, kami kalungkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. InsyaAllah, Allah pasti membantu mereka yang telah membantu agama Allah.

By | 2017-06-11T16:07:59+00:00 August 12th, 2014|Umum|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. Zainab Hazmi August 19, 2014 at 9:30 pm - Reply

    Assalammualaikum, saya ingin mghntr 2 orang anak saya ke madrasah utk menyertai kem dan seterusnya mendaftar masuk ke madrasah ini, bagaimana caranya…mohon pencerahan…

    • husna muaz August 20, 2014 at 9:30 am - Reply

      waalaikumussalam.. untuk menyertai kem cuti sekolah, pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang. Dan sebarang pertanyaan untuk mendaftar masuk ke madrasah ini, puan boleh hubungi Ustaz Haji Hanapie bin Haji Ali (pelajar lelaki) di talian 0126773992 dan ustazah ridhwah 017-7209435 (pelajar perempuan)

Leave A Comment