Home/Azimat Mudir/Fikrah Pengetua MAN

FIKRAH PENGETUA MAN


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين؛

أما بعد:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Allah SWT dan Rasul-Nya SAW amat memuliakan insan yang melibatkan dirinya dengan Al-Quran. Setiap insan yang memahatkan ayat-ayat Al-Quran di dadanya adalah mulia di dunia dan akhirat. Apatah lagi sekiranya dia menghafaz keseluruhan Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagainya akhlaknya maka dia adalah amat istimewa dan ‘VIP’ di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Justeru, kami mengucapkan tahniah kepada anda sebagai pelajar, kedua ibu bapa, penjaga dan mereka yang menyokong anda dalam melibatkan diri untuk berusaha menjadi seorang insan yang bergelar ‘hafiz Al-Quran’ yang bermaksud ‘pemelihara Al-Quran’ dari sudut teori dan praktikal.

Namun, untuk menjadi orang yang ‘special’, ‘istimewa’ dan ‘VIP’ di sisi Allah SWT, Rasul-Nya SAW dan umat sejagat melalui sistem pengajian di Madrasah an-Nuur ini maka adab, tertib, disiplin dan teori yang ditetapkan oleh pihak Madrasah mestilah dipatuhi supaya anda boleh berjaya dengan mudah, cepat dan berkualiti. Justeru, buku maklumat pelajar ini adalah buku yang mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan pelajar dan maklumat yang perlu diketahui oleh pelajar tentang pengajian aliran tahfiz dan berkenaan dengan Madrasah An-Nuur.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada pihak Madrasah, pelajar dan kedua ibu bapa atau penjaga pelajar supaya memberi kerjasama yang kukuh dalam menjayakan ‘produk tahfiz’ yang ingin dihasilkan.

‘ANDA MAMPU MENJADI GENERASI AL-QURAN YANG BERKUALITI’

 

By | 2017-06-11T16:08:00+00:00 June 29th, 2013|Azimat Mudir|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment