Aliran Tahfiz
Bahagian Tahfiz
Tahap Satu: Celik Al-Quran (menggunakan sistem Iqrok): untuk pelajar yang belum boleh membaca Al-Quran atau telah membaca Al-Quran tetapi masih dalam tahap yang tidak memuaskan dari sudut sebutan huruf, panjang pendek dan seumpamanya.
Tahap Dua: Nazirah (membaca Al-Quran hingga khatam 30 juzuk): untuk pelajar yang telah menamatkan tahap satu sama ada sebelum memasuki Madrasah atau semasa di Madrasah dan juga untuk pelajar yang telah mengkhatamkan Al-Quran sebelum belajar di Madrasah tetapi bacaannya tidak memuaskan.
Tahap Tiga: Pra Tahfiz Al-Quran (menghafaz surah-surah penting seperti As-Sajadah, Al-Mulk, Yasin, Al-Waqi’ah, Al-Dukhan, Ar-Rahman dan sebagainya): untuk pelajar yang baru mengkhatamkan Al-Quran dan dalam ujian dan latihan untuk ke tahap empat iaitu tahap Tahfiz Al-Quran 30 juzuk.
Tahap Empat: Tahfiz Al-Quran (menghafaz dan memahami 30 juzuk Al-Quran): untuk pelajar yang khatam bacaan Al-Quran dan telah mahir serta lancar membaca Al-Quran.
Tahap Lima: Syahadah Tahfiz (mampu membaca Al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam tempoh tidak melebihi 3 hari dengan cara hafazan tanpa melihat kepada Al-Quran dan bacaan tersebut tidak melebihi 15 kesalahan): untuk pelajar yang telah menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Tahap ini adalah tahap yang paling tinggi dalam pengajian tahfiz Al-Quran sebelum memulakan pengajian selanjutnya dalam ilmu qiraat, tarannum, tafsir dan sebagainya.
TEMPOH:
- Tempoh yang dicadangkan kepada pelajar tahap satu ialah enam hingga sepuluh bulan sahaja jika pelajar bermula dari Iqrok yang pertama.
- Tempoh yang dicadangkan kepada pelajar tahap dua ialah setahun tetapi digalakkan supaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran dalam tempoh empat bulan jika bermula dari juzuk yang pertama.
- Tempoh yang dicadangkan kepada pelajar tahap tiga iaitu tahap Pra Tahfiz Al-Quran ialah 60 hari untuk menghafaz 4 surah iaitu surah As-Sajadah, Ad-Dukhan, Al-Waqi’ah dan Al-Mulk.
- Tempoh untuk tahap empat iaitu tahap Tahfiz 30 juzuk Al-Quran adalah bergantung kepada kemampuan setiap pelajar tetapi pihak Madrasah meletakkan ‘target’ untuk setiap pelajar supaya berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh tidak melebihi tiga tahun bermula dari memasuki tahap tiga.
- Tempoh yang dicadangkan untuk tahap lima iaitu tahap Syahadah Tahfiz ialah satu tahun sahaja.
SILIBUS PELAJARANALIRAN TAHFIZ
Hafazan: Al-Quran Riwayat Hafs Dari‘Asim, Rasm‘Uthmani.
Terjemahan Al-quran: Tafsir Bimbingan Al-rahman.
Tauhid: Usuluddin Karangan Muhammad Atarid & Risalah Tauhid
Tajwid; Ilmu Tajwid, Riwayat Hafs `An `Asim, Toriq Asy-syatibiyyah Karangan
Surur Shihabuddin Hassan An-nadawi Al-hafiz.
Fiqh: Pelajaran Fiqh Karangan Abu Qamariddin, Safinahtun Najah Was Solah Karangan Salim Mutalaah
Bahasa Arab: Durus Al-Lughah Al-’Arabiyyah Li Ghair An-Natiqiin Bihaa Karangan As-syekh Faa Abdul Rahim.
Jawi: Doktor Jawi Karangan Ustaz Abdul Manan Al-Marbawi


