Maklumat Yuran
YURAN PENDAFTARAN DAN BULANAN
- Yuran pendaftaran kemasukan adalah sebanyak RM600. Jumlah tersebut merangkumi yuran bulan pertama, yuran pendaftaran, yuran peperiksaan, katil (bergantung kepada tempat), tilam, meja mengaji, kitab fardu ‘ain, kitab tajwid, kitab zikir dan adab harian, pakaian seragam yang terdiri dari jubah dua pasang untuk lelaki dan perempuan dan tudung untuk perempuan dan lain-lain lagi.
- Yuran bulanan pula adalah berjumlah RM170. Yuran bulanan adalah merangkumi makan dan minum sebanyak 3 kali sehari, penginapan, pengajian, pengangkutan dan khidmat dobi (bergantung kepada keadaan).
- Yuran untuk urusan lain mungkin akan diminta jika diperlukan seperti yuran untuk rombongan lawatan sambil belajar, program perkhemahan, yuran konvo dan sebagainya.
- Segala yuran persekolahan di sekolah kebangsaan dan seumpamanya bagi pelajar yang memohon untuk belajar di Madrasah sambil bersekolah adalah urusan yang tidak ditanggung oleh pihak Madrasah.


