Syarat Kemasukan

SYARAT PENERIMAAN KEMASUKAN PELAJAR BARU

  1. Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan ayah atau penjaga.
  3. Surat berhenti sekolah.
  4. Surat sokongan akhlak sekiranya bekas pelajar dari madrasah lain atau pemohon berumur 15 tahun dan ke atas.
  5. Sedia mematuhi peraturan dan jadual yang ditetapkan oleh pihak Madrasah.
  6. Mempunyai keazaman untuk menjadi insan yang berakhlak mulia.
  7. Memiliki rninat untuk menjadi seorang penghafaz Al-Quran.
  8. Tidak menghidapi apa-apa jenis penyakit yang kronik.
  9. Mampu berdikari dan menjaga kebersihan dan keselamatn diri.
  10. Bukan bekas pelajar yang telah dibuang dari mana-mana pusat pengajian dan madrasah.
  11. Memiliki sahsiah diri yang terpuji,baik dan menggalakkan.
  12. Lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak madrasah.

 

SYARAT KEMASUKAN KELAS NAZIRAH & PRA TAHFIZ
1. Pelajar di tahap ini merupakan pelajar yang telah tamat pengajian asas membaca Al-Quran (Iqra atau muqaddam dan seumpamanya), syarat kemasukan adalah seperti yang termaktub di atas.
2. Pada tahap ini pelajar akan didedahkan dengan penghafazan surah dan ayat-ayat lazim.
3. Syarat minima pelajar dari tahap ini untuk meneruskan pengajian mereka ke kelas tahfiz ialah: Mampu menamatkan hafazan surah As-Sajadah, Ad-Dukhan dan Al-Mulk dalam tempoh kurang dari sebulan.

 

SYARAT KEMASUKAN KELAS TAHFIZ

1. Pernah mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30 ju dengan sempurna.
2. Bersedia menamatkan hafazan 30 juz di madrasah ini.
3. Memiliki kemampuan minimum untuk menghafaz bagi setiap juzu dalam tempoh tidak melebihi 40 hari.

 

SYARAT KEMASUKAN SYAHADAH TAHFIZUL QURAN
Syahadah Tahfizul Quran merupakan sijil tertinggi yang dikeluarkan oleh Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur hanya kepada para pelajarnya yang lulus di dalam peperiksaan khas untuk menguji kepakaran pelajar terhadap hafazan Al-Quran mereka. Di dalam peperiksaan ini calon dikehendaki untuk memperdengarkan hafazan mereka kepada Jemaah Tasmi’ dengan kesalahan yang sangat minimum. Calon yang gagal menamatkan peperiksaan atau merekodkan kesalahan melebihi 15 kesalahan adalah dianggap gagal di dalam penilaian ini. Untuk melayakkan diri menduduki peperiksaan ini, calon perlulah terlebih dahulu menamatkan hafazan 30 juz Al-Quran dan menduduki kelas pakar sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Syahadah.
i. Calon boleh menduduki peperiksaan tersebut berdasarkan dua tahap:
A. Kategori 15 juz (Dua hari berturut-turut)
B. Kategori 10 juz (Tiga hari berturut-turut)
ii. Bacaan calon akan diperdengarkan di hadapan Jemaah Tasmi’ yang diketuai oleh seorang ketua pemeriksa
iii. Peperiksaan ini juga ditawarkan kepada para huffaz yang menamatkan hafazan mereka dari institut tahfiz lain dengan persetujuan MUMAN.