Home/Blog Mudir/KEMATIAN PASTI TIBA

إنا لله وإنا إليه راجعون

Kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.

 

Semalam hari Khamis,ketika ana di Yaman sedang sibuk menelaah kitab-kitab yang baru dibeli tiba-tiba telefon berdering, ringtone yang telah diset untuk adik beradik kedengaran. Pelbagai perkara terlintas di fikiran sebelum sempat menjawab panggilan. Skrin hp dilihat, nama Anjang Doktor Fadli terpampar di muka hp. Hati sudah mula bertanya kenapa Doktor Fadli telefon dari jauh.

Perbualan dimulakan, sepertimana biasa Doktor Fadli bernada tenang walaupun dalam menerangkan sesuatu masalah. Tajuk bertanya khabar telah berubah kepada berita kematian. Rupa-rupanya beliau telefon ana untuk menyampaikan khabar kematian suami kepada Mak Dak Eton ana iaitu suami kepada adik perempuan mak ana. Pak Dak Ramliana telah meninggal dunia.

Kematian adalah lumrah kehidupan tetapi cara kematian Pak Dak Ramli adalah agak unik. Beliau bertugas sebagai driver lori, biasa ke Kelantan, Kuala Lumpur dan pelbagai tempat hanya bersendirian. Pada kali ini pun sama, dia bersendirian di dalam lori tetapi bezanya pada kali ini dia meninggal dunia bersendirian di dalam lori. Mungkin dia diserang sakit jantung yang dia hadapi sejak beberapa tahun lepas. Kemungkinan juga beliau sempat memberhentikan lori apabila dia terasa sakit di jantung. Cerita yang lebih lanjut belum ana ketahui. Apa yang penting ialah beliau meninggal dunia dalam usaha untuk mencari rezeki yang halal, semoga usahanya diberkati.

Cuma yang ana hendak perkatakan disini ialah tentang kematian yang pasti akan tiba tidak kira di mana dan bila-bila sahaja. Oleh kerana itu marilah kita sentiasa menyediakan diri untuk menghadapi kematian. Adakah bekalan yang ingin kita bawa ke alam seterusnya nanti telah mencukupi atau tidak? Bekalan yang perlu kita sediakan untuk perjalanan yang jauh tersebut hanyalah iman yang sahih dan amal yang soleh. Selain dari dua perkara tersebut tidak akan dapat membantu kita di alam kubur, mahsyar, titian sirat dan seterusnya.

Marilah kita sama-sama berdoa untuk Pad Dak Ramli ana yang dikebumikan pada hari yang mulia ini iaitu hari Jumaat. Semoga rohnya bertemu dengan roh-roh lain yang ditempatkan di syurga, berterbangan dalam perut burung-burung yang hijau mengelilingi syurga (maksud hadis nabawi). Begitu juga dengan roh ayah ana merangkap pengasas Madrasah An-Nuur. Semoga semua mereka ditempatkan bersama dengan orang-orang yang solehin.

Mereka telah meninggalkan kita dan pada satu hari nanti kita pula akan meninggalkan dunia yang fanak ini. Bersedialah untuk merasai kematian yang pasti tiba!!!

By | 2017-06-11T16:08:02+00:00 March 4th, 2011|Blog Mudir|1 Comment

About the Author:

One Comment

  1. hafiez March 4, 2011 at 2:49 pm - Reply

    salam…sy baru blk dr menziarahi arwah atok pak andak ramli..agak sayup aty ble memandang wajah beliau..seolah2 ad nuur…teringat plak pd ,arwah atok Hj Hamid b. Samad,meninggal pd hr yg sme… Semoga allah menrahmati beliau…

Leave A Comment